About

Salam,selamat datang ke blog nadia

27 Mac 2018

Projek-projek Cik N


Hye semua

Sihat ke?

Berbalik pada tajuk entri ni yang kat atas tu ha

tertanya-tanya kan

Cik N faham mesti korang tertanya-tanya projek apa tu

Cik N ni mesti arkitek kan

eh tak lah

Bidang Cik N belajar Ijazah Pengurusan Sumber Manusia la

Sebenarnya macam ni

projek yang Cik N maksudkan tu adalah

projek yang Cik N nak berdiy

semua tahu kan diy tu apa

ala macam benda yang korang buat sendiri tu la

contoh macam meja belajar tu kan

korang beli kayu papan pastu korang buat sendiri sampai jadi meja atau benda yang 

korang nak tu

Adalah beberapa yang ada dalam kepala Cik N ni

macam nak makeover ataupun macam nak ubah ruang tamu kat atas kat rumah ni ha

Cik N macam terniat dekat hati dah lama sebenarnya tapi tak terlaksana lagi

Projek-projek Cik N

1. Cik N nak ubah ruang tamu atas jadikan bilik tidur Cik N
(nak kena alih baju-baju lama ibu dekat situ dan kosongkan dekat situ baru la Cik N boleh buat bilik tidur)

2. Cik N nak beli katil single dekat ikea 
(ala yang muat untuk Cik N sorang je sebab ruang tamu kat atas ruang tak banyak sebab dua tahun lepas family buat almari yang ditempah jadi dia ambik ruang banyak.)

3. Cik N nak ada penghalang  atau pembahagi  ruang,ala yang macam dekat masjid tu yang ada benda macam tiang yang bahagi ruang lelaki ngan perempuan yang boleh alih-alih tu)

Mula-mula Cik N ingat nak beli je dekat ikea tapi setelah Cik N kaji selidik macam mahal 

sangat lagipun dia macam tak sama yang Cik N nak

sebab Cik N nak dia boleh menutup bahagian bilik tidur Cik N yang baru ni

jadi orang luar tak nampak kalau Cik N tidur atau meniarap ke

ha yang projek ketiga ni lepas dah kaji selidik Cik N bercadang nak buat sendiri je 

ataupun diy

Cik N fikir nak buat sendiri guna paip pvc je

macam korang biasa atau selalu nampak orang buat kerusi atau tempat jemur baju guna paip pvc tu

ha macam tu la Cik N nak buat

cuma yang bezanya dengan Cik N

Cik N nak buat pembahagi ruang guna paip pvc

4. Cik N nak buat meja belajar sendiri guna paip pvc jugak cuma bahagian meja je Cik N

 akan guna playwood kaki meja Cik N guna paip pvc(yang ni masih dalam list kiv) sebab

ruang yang kecil tu yang hanya muat katil single je

5. Cik N nak buat tempat letak kasut untuk luar rumah Cik N ni guna paip pvc juga
(mesti korang akan kata napa tak beli je kan senang)

memang boleh beli tapi memandangkan barang sekarang mahal maka tak salahkan kalau

 Cik N buat sendiri benda tu

memandangkan Cik N ni masih belum bekerja dan belum mempunyai pendapatan untuk 

membeli je semua barang tu jadi Cik N perlulah cari idea buat sendiri

setakat ni tu je la projek-projek yang fikir nak buat

yang ruang bilik tidur tu nanti kalau dah selesai Cik N akan beli kain langsir untuk 

disangkut dekat pembahagi ruang tadi tu jadi tak ada la lubang-lubang kan kalau tak apa 

guna Cik N buat pembahagi ruang kalau ada lubang

Korang mesti nak tengok kan

tapi maaflah sebab tak buat lagi kan

jadi tak boleh tunjuk la

nak tunjuk plan yang Cik N buat pun belum tentu korang faham

ye la Cik N bukan arkitek yang lukis cantik janji Cik N sorang faham dah la

Cik N janji nanti kalau projek-projek Cik N ni siap semuanya

Cik N tunjuk dekat korang

kalau Cik N lupa korang tolong ingatkan Cik N okay

tentulah projek ni pun perlukan modal jugak untuk buat semua ni

pada Cik N berbaloi la untuk yang tak bekerja lagi macam Cik N ni nak buat

ye la macam Cik N kata nak beli pun Cik N bukannya ada pendapatan lagi

Tak sabar rasanya Cik N nak makeover ruang tamu atas tu

Sebenarnya ruang tamu atas tu penuh dengan baju-baju lama ibu

memang ruang tamu atas tu tak ada ruang nak duduk pun sebab penuh dengan baju-baju 

lama ibu

dah disuruh buang atau bagi dekat orang dia kata masih guna

Jadi Cik N rasa Cik N akan masukkan yang mana Cik N rasa macam baju lama Cik N akan

masukkan dalam plastik hitam yang mana macam baru Cik N akan letak balik dalam bilik 

Ibu biar dia pilih dan susun dalam bilik sendiri

itu je Cik N rasa yang terbaik untuk mengelak dari CIk N kena marah buang baju dia suka 

hati

Korang rasa Cik N perlu beli katil siap-siap atau kosongkan dulu ruang tu?

sebab apa yang terfikir dekat otak Cik N ni

kalau Cik N kosongkan lepas tu baru beli katil yang Cik N nak tu dekat ikea yang mana 

akan ambil masa yang lama sebab tak tahu bila nak pergi beli,Cik N takut nanti tak 

sempat beli katil ruang tamu yang Cik N nak jadikan bilik tidur tu

Ibu dah pindahkan balik rak-rak atau baju dia ke ruang tamu tu balik

Itu yang Cik N tengah atau terfikir dekat otak Cik N ni

sebabnya kalau Cik N beli dulu katil tu siap-siap sabtu ni tapi takut tak terguna lak 

mana la tahu projek Cik N nak kosongkan ruang tamu atas jadikan bilik tidur tak jadi ke

atau dapat bantahan dari ibu atau abah ke

tu yang Cik N tengah terfikir ni

yang satu lagi yang Cik N tengah terfikir nak beli katil kayu ke atau katil besi

sebab dekat ikea katil paling murah bawah rm200 pun yang ada katil kayu

Korang rasa patut beli katil jenis kayu ke jenis besi?

sebab dengan kekurangan kewangan dan modal ni

Kita tengok saja la samada projek Cik N yang pertama sampai kelima tu berjaya atau tak

takut hanya projek Cik N yang kelima sahaja berjaya buat

apa pun nanti Cik N akan update dekat korang semua tentang projek-projek Cik N ni

Cik N nak minta bantuan korang semua untuk bantu Cik N buat pilihan atas persoalan

Cik N yang dua benda kat atas tu

Yang sudi baca dan bantu Cik N dalam buat pilihan tu Cik N ucapkan ribuan terima kasih

untuk kamu semua

walaupun tak ada sapa pun baca entri Cik N ni

kalau ada yang sudi tu terima kasih banyak-banyak






Tiada ulasan: