Salam,hai semua.Terima kasih sudi singgah blog Cik N.Kalau nak tinggalkan pesan boleh tekan chat here.Jumpa lagi

14 Mei 2018

Ternanti-nanti benda yang tak pasti


Hye semua

korang ingat tak entri Cik N sebelum ni

Cik N ada cerita pasal pengalaman Cik N pergi interview Sl1m

jadi hari ni

Cik N nak cerita sikit dekat korang

Kan Cik N ada cakap sebelum ni

yang diorang cakap keputusan keluar dalam dua minggu selepas Cik N di interview

Akak tu cakap sekarang diorang tak ada call dah sapa yang diterima

semua melalui email

jadi kitaorang kena alert dengan email kitaorang

jadi Cik N tunggu la masuk dua minggu

tiga minggu

empat minggu

akhirnya dari tarikh Cik N interview tu 

5 April 2018 --- 14 May 2018

Cik N masih tak dapat apa-apa email dari Pihak Menara Celcom

Cik N ada call no diorang asyik operator kata sedang digunakan

masalahnya setiap kali Cik N call ayat yang sama Cik N dapat

bukan sekali Cik N call

dah berkali-kali Cik N call

akak ayu tu ada kata masa lepas interview tu 

dalam masa dua minggu lepas tarik kitaorang kena interview tu peserta yang diterima

akan dapat email mengatakan diterima dan peserta yang diterima tu kena balas email

diorang dan akak tu ada cakap jugak yang tak diterima pun akan dapat email kata tak 

diterima menyertai Sl1m dekat Menara Celcom tu

masalahnya dari tarikh Cik N pergi interview sampai ke hari ni

Cik N masih belum dapat apa-apa email dari diorang

Cik N dah call no diorang operator asyik ulang ayat sama no sedang digunakan

bukan setakat call

Cik N siap dm dekat twitter instagram masih belum dapat apa-apa info

bukan apa

kalau tak diterima cakap

jadi Cik N boleh terima tawaran lain ke cari kerja lain ke

ye la Cik N tak nak la dah interview dekat Sl1m Menara Celcom pastu Cik N dapat tawaran

 interview kerja dengan syarikat lain dan dalam masa yang sama Sl1m Menara Celcom 

bagitahu diterima menyertai Sl1m diorang

tak ke naya

Cik N tak nak jadi mcm tu

kalau betul Cik N tak diterima cakap je

Cik N terima dengan ikhlas dan redha

Kalau mcm sekarang ni Cik N jadi serba salah nak terima tawaran lain

Ye la Cik N ingatkan nak selesaikan satu-satu

kalau yang ni tak diterima Cik N boleh teruskan yang lain

dan yang seterusnya

Harap-harap la Cik N dapat balasan dengan segera

Call diorang asyik sedang digunakan

Kalau Cik N tahu nak jadi macam ni

Cik N tanya orang tu no tel dan email diorang

tak sangka no yang tertera tu bila call asyik operator kata sedang digunakan

masalahnya 24 jam ke digunakan

Korang doakan agar Cik N dapat keputusan atau email dari diorang ye

Amin

Amin

Amin

07 April 2018

Pengalaman Interview Sl1m Celcom


Hye semua

Ok hari ni Cik N nak cerita sikit pasal pengalaman Cik N pergi interview hari khamis 

5/4/2018

Cik N dapat email hari selasa 3/4/2018

mengatakan yang Cik N di invite untuk datang interview Sl1m di Menara Celcom

selepas dapat email kena pergi interview tu Cik N terus cari info barang apa yang perlu 

ada untuk interview dan baca pengalaman-pengalaman peserta Sl1m yang lain

Pada hari rabu, pagi tu Cik N bangun awal dalam pukul 4 pagi mandi siap-siap nak pergi

 tempat Cik N belajar nak dapatkan surat tamat belajar dan mini trankrip

mesti korang cakap awal nya bangun

ye la sebab Cik N tumpang ayah nak pergi kerja

tu yang kena bangun awal

selesaikan segalam dokumen yang perlu ambil

walaupun tak selesai jugak

balik rumah dengan hampa

balik rumah pun dah nak malam

malam tu Cik N susun segala dokumen yang perlu dibawa

fotostat segalam dokumen-dokumen

iron baju tudung siap-siap

okay berbalik pada interview Sl1m Celcom

okay 

Hari khamis tu Cik N bangun kul 3.00 pagi

mandi pastu siap-siap pakai baju kurung

sambil semak balik dokumen yang nak bawa tu

supaya tak tertinggal

Lepas tu CIk N cari lagi info-info pasal interview Sl1m dan pengalaman-pengalaman 

peserta yang pernah pergi interview Sl1m

cari info pasal menara celcom tu

Kita pergi interview tu biar la berilmu walau tak banyak

mana tahu masa interview kena soal pasal syarikat tu ke

Untuk pengetahuan semua interview dalam bahasa english

tolong-tolong cari info pasal syarikat tu

tolong datang awal dari masa interview jangan lambat

sebab korang kena daftar kalau lambat

lambat la giliran korang

kalau datang awal kita sempat la

praktis sikit ke ingat balik apa yang kita praktiskan atau cari info yang boleh tambah ilmu 

korang

lagipun kalau datang awal bolehlah kurangkan sikit gemuruh kita tu

Cik N rasa soalan interview mungkin berbeza dan tak sama

sebab ada yang dari info dan pengalaman yang Cik N dapat dari peserta sebelum ni

macam soalan dia berbeza

tak sama

soalan tu bergantung kepada yang tanya kita tu

macam Cik N 

Soalan yang Cik N dapat

dia suruh CIk N kenalkan diri

pengalaman kerja atau pengalaman masa internship

dia tanya pasal keluarga

Pesan Cik N tolong cari info pasal Sl1m

sebab masa Cik N dia tanya pasal Sl1m

Soalan dari diorang akan berbeza kalau tak

semua orang dah tahu soalan apa senang la nak jawap

nanti diorang pulak yang susah nak pilih sebab semua dah tahu soalan dan jawap

bagi yang tak mahir english tu praktis

sebab diorang nak tengok kebolehan peserta bercakap english

tolong bersedia dan banyakkan praktis

kalau boleh jangan ikut ayatkan google

kalau kita hafal sebijik macam ayat google diorang boleh tahu

gunakan kepintaran korang dalam mengolah ayat sendiri

banyakkan mencari info pasal interview dari peserta lain-lain, pasal syarikat tu, pasal 

Sl1m, pasal skop kerja yang korang dapat tu

tolong susun dokumen-dokumen tu mengikut cara susunan yang betul

buat pesediaan awal

Cik N nak ucapkan Gudluck untuk korang semua



Copyright © Segala yang terkandung didalam ini milik AizaitulNadia 2011-2015. Segala copy dilarang sama sekali.Tindakan akan diambil dengan segera.