Salam,selamat datang ke blog nadia

08 Februari 2018

Tipikal Makcik-makcik bawang




Hai all

Harap kamu semua sihat selalu

yang mana tak sihat tu cepat-cepat la jumpa doktor

jangan tangguh-tangguh

Mesti korang tertanya-tanya kan pasal tajuk Cik N kali ni

Okay

tipikal makcik-makcik bawang yang berleluasa sekarang yang sibuk nak jaga tepi kain

orang

Sebenarnya tak salah pun 

tapi berpada-padalah

Macam ni cerita dia

Tadi pos laju datang hantar barang abang Cik N

sebab pagi tadi abang Cik N ada pesan suruh ambik barang dia kalau pos laju datang

Berbalik pada tengahari tadi Cik N tengah main piano

dengar bunyi moto pastu ada dengar orang hon-hon

jadi Cik N pun jenguk la dekat pintu 
Ala jenguk dekat pintu nak tengok sapa je

Pastu Cik N nampak pos laju datang

Cik N kata la kejap

terus Cik N ambik tuala tutup kepala

Masa nak keluar ke pagar nampak la jiran depan rumah punya sebelah

maksudnya jiran sebelah rumah depan ada dekat rumah pakcik depan rumah Cik N
mesti pening nak fahamkan kan

Cik N perasan makcik tu duk pandang-pandang Cik N

kalau tengok sekali imbas tak apa lah

ni Cik N tengok dari Cik N keluar ambik barang sampai la Cik N nak masuk rumah dia duk 

pandang-pandang lagi

Macam la Cik N ni buat salah

Bukan Cik N jemput pekerja pos laju tu masuk rumah pun

Tak faham betul dengan makcik-makcik bawang sekarang ni

Nak kata Cik N pakai singlet ambik barang pun tak

Cik N masih waras lagi tahu dosa nampak aurat dengan bukan muhrim

Cik N pakai baju pakai seluar dan kepala pun Cik N tutup Pakai tuala

Makcik tu pandang macam Cik N ni buat salah besar la

Dah la kerja dia duk depan rumah orang bergosip dengan makcik sorang lagi entah dari 

mana datang

Tak salah pun nak jaga tepi kain orang tapi berpada-pada la

ni tak macam la kita ni buat dosa besar sangat

ambik barang je pun

nak kata Cik N sentuh tangan Pekerja pos laju tu pun tak

Eh takkan tak nampak punya jelas boleh nampak dari tempat makcik tu bergosip

ye la mata makcik tu duk pandang-pandang tak beralih tempat lain

Pada pandangan Cik N la kan

nak jaga tepi kain orang tu bagus kalau bertempat

contohnya macam ko nampak anak orang tu buat maksiat ke bawa lelaki atau perempuan

 bukan muhrim masuk rumah ke

nampak anak orang tu hisap rokok ke hisap dadah ke

tu tak apa la

Ni tak

Cik N keluar rumah nak ambik barang yang abang Cik N beli pun salah ke

bukan tak bayar pun

Cik N bayar kot tadi rm 51.90 tapi Cik N bagi duit rm52.00

Nak kata Cik N sentuh pekerja pos laju tadi pun tak

nak kata Cik N main bertepuk tampar pun tak juga

Ni la masalah orang malaysia zaman sekarang

suka jaga tepi kain orang tak bertempat

Makcik-makcik bawang sangat

Apa pun tak boleh

#CikNtakbuatsalah

#CikNtakcaripasal

#CikNrimas

#Makcik-makcikbawang

Ok lah kesian dekat pembaca blog Cik N

Nanti kita jumpa lagi di entri lain ok

Bye semua

Sayang korang

Salam sayang dari Cik N untuk korang





Tiada ulasan :

Copyright © Segala yang terkandung didalam ini milik AizaitulNadia 2011-2015. Segala copy dilarang sama sekali.Tindakan akan diambil dengan segera.