About

Salam,selamat datang ke blog nadia

17 Ogos 2016

Review : Restoran Shida Tomyam Mengecewakan



Review : Restoran Shida Tomyam Mengecewakan ! | Salam. Kisahnya saya ajak ibu keluar makan dekat shida tomyam sebab makanan dekat situ biasanya sedap sikit.  Tunggu ibu siap ambik gambar terus pergi kedai shida tomyam bungkus nasi. saya keluar dari kereta nak order makanan tapi tiada satu pun pelayan yang datang ambil order dari saya. saya bangun pergi cari sorang akak ni pekerja dekat kedai shida tomyam ni. saya cakap nak order dia cakap boleh, saya order la nasi 4 bungkus. lepas dah order saya duduk di meja batu. sebelum saya bangun nak pergi cari pekerja kedai tu  saya nampak seorang pekerja lain sedang ambik pesanan dari pelanggan lain. kiranya waktu kami order waktu yang sama dengan pelanggan tadi yang bezanya hanya kami bungkus dan mereka makan di situ. 

Sementara menunggu pesanan saya sampai, saya nampak pelanggan yang pesan sama waktu dengan kami dah dapat makanan sedangkan kami bungkus tak dapat lagi. Masa tu saya fikir sekejap lagi kot sebab mereka dah dapat makanan mereka. saya pun tunggu punya tunggu dah semakin ramai pelanggan datang makanan kami tak sampai lagi. Sementara menunggu makanan, adik saya sampai kami menunggu makanan yang dipesan tadi tidak sampai-sampai sedangkan pelanggan yang order sama waktu tadi dah separuh makanan mereka telah makan. Kami masih tidak dapat lagi pesanan yang dipesan tadi, akhirnya saya bangun pergi masuk dalam kedai shida tomyam (mereka buka meja makan diluar kedai) dan saya tahan pekerja yang ambil pesanan saya tadi. Saya bagi tahu saya ada order makanan tadi tapi sampai sekarang tak dapat lagi dan dia pergi ke dapur untuk tanya pasal makanan saya. Saya nampak dia datang kearah saya dengan berkata makanan dekat luar tu dah lama siap. Tapi dia dan pekerja lain sorang pun tidak datang memberitahu saya tentang pesanan saya yang sudah siap. Bila saya tanya seperti perbualan dibawah:

Saya     : akak tadi saya order makanan tapi sampai sekarang saya tak dapat lagi?
Pekerja: hah, order apa ye tadi
Saya     : nasi goreng cina,nasi goreng ikan masin dan nasi goreng kampung(2)
Pekerja tu terus pergi dapur tanya  makanan saya dan lepas itu dia datang kearah saya
Pekerja: tu makanan dekat luar tu dah lama siap
Saya     : Kenapa tak de orang datang bagitahu kami pun makanan dah siap

 Nak tahu pekerja tu cakap apa dengan kasarnya dia cakap
Pekerja: dah hang duduk jauh sana tu

padahal dia tahu kot dan nampak saya masa dia ambil order pelanggan lain

Saya     : Akak saya nak bayar ni?
Pekerja:Tunggu akak tu datang nanti

saya tunggu pekerja lain datang. Bila pekerja lain datang saya terus bayar.

Persoalan saya macam ni ke pekerja layan pelanggan, dah lah servis lambat pastu boleh tak bagitahu kami yang pesanan kami dah siap lama sedangkan kami dah tunggu lama. Okey berbalik kepada pekerja yang ambil pesanan saya tu, patut ke dia boleh cakap dekat saya bila saya tanya kenapa tak de orang bagitahu yang makanan kami dah siap, dia cakap dah hang duduk jauh sana tu.
Kalau macam tu apa fungsi dia buka kedai sehingga di luar kedai kalau kata saya duduk jauh.
Macam ni ke pekerja layan pelanggan. Mungkin lepas ni kami tidak akan lagi makan dekat kedai ini dengan layanan macam ni, Servis lambat dan layanan pada pelanggan teruk.


Haaaa ni  lah review saya tentang restoran ni.  Diharap pihak shida tomyam memperbaiki lagi servis ini dimasa akan datang. Saya bukan nak memburukkan , saya cuma nak buat complaint supaya pihak shida tomyam dapat memperbaiki tentang servis lambat dan layanan terhadap pelanggan. Oleh kerana pelanggan yang datang untuk makan atau pesan makanan di restoran ini patut mendapat layanan dan servis yang bagus.

Korang yang membaca jangan lah boikot membabi buta, korang kena pergi sendiri dan rasakan sendiri pengalaman korang. Sebab saya review melalui pengalaman saya. Terima kasih harap pihak shida tomyam dapat memperbaiki .

Alamat seperti berikut
SHIDA TOM YAM & WESTERN FOOD No 49,
Jln Jati 3, Saujana Utama 2,
47000 Sungai Buloh, Selangor ...

Tiada ulasan: