18 Ogos 2016

Orang Kita


hye semua
orang kita selalu ada perasaan tak puas hati
contoh macam kita dapat sesuatu
mesti dia nak juga
orang tak boleh lebih dari dia
orang kita suka sangat pandang serong
contoh macam ada orang cakap dalam english
mesti akan ada yang tertawakan tak pun kata apa la kau ni baik takyah cakap b.english sebut pun tak betul
sepatutnya kita bagi semangat
yang penting dia cuba

Orang kita juga selalu rasa dia jer yang betul
perasan dia bagus,dia la yang baik, dialah yang cantik dan lain-lain
contohnya macam si A ni berat badan dia dah turun (kurus) sikit, bila si A ni jalan-jalan ramai duk kata eh nampak kurus sikit la
bila si B dengar terus dia kata tak nampak kurus pun sama je aku tengok
terus si A ni rasa tak semangat walaupun si A ni rasa dia dah kurus sikit
Si B akan cakap orang yang cakap kau nampak kurus tu agaknya rabun kot tak nampak
Padahal aku tengok kau sama je


Tapi bila si B dia cuba atau lalu depan cermin dia nampak seolah-olah dia dah kurus
terus Si B cakap eh aku dah kurus la
Padahal sama je tak kurus pun

Susah la macam ni
jangan kalau nak dia je yang betul

senang cerita tak perlu jaga tepi kain orang
biar je la orang tu nak buat apa
Sikit-sikit nak kondem
sikit-sikit nak kondem
Ni tidak asyik duk mengata itu ini pasal orang sedangkan
diri sendiri pun tak berapa bagus

sebelum kita nak buat sesuatu tu kena la fikir dulu
jangan ikut rasa sendiri je


PS:- Untuk ingatan diri sendiri dan orang lain
#kalau rasa kena pada diri sendiri tu faham-faham la,cubala berubah jangan kita je betul

Tiada ulasan :

Copyright © Segala yang terkandung didalam ini milik AizaitulNadia 2011-2015. Segala copy dilarang sama sekali.Tindakan akan diambil dengan segera.