About

Salam,selamat datang ke blog nadia

13 Februari 2018

Ujian untukku


Hai Semua

sihat ke

Kalau ada yang tak sihat tu cepat-cepat jumpa doktor tau

Sebenarnya dalam hidup kita ni banyak ujian yang kita kena harungi atau jalani

Setiap manusia yang diberikan ujian dari Allah swt pasti kita mampu harungi

Allah swt takkan beri ujian atau cabaran kepada umatnya yang tidak mampu 

kita harungi atau jalani

Seperti Cik N sendiri

Cik N redha dengan segala ujian dari Allah swt keatas Cik N

Sehingga kini Cik N masih belum menerima tawaran bekerja

Seperti di entri sebelum ini Cik N pernah bercerita tentang usaha Cik N untuk 

mencari pekerjaan

Mungkin masih bukan rezeki Cik N buat masa ni untuk menerima tawaran 

bekerja seperti insan-insan yang lain

Alangkah cemburunya Cik N dengan insan-insan lain yang mana lepas sahaja 

mereka habis belajar terus dapat tawaran bekerja

Tapi rezeki masing-masing kan tak semua sama

ada yang dah lama habis belajar dari Cik N pun ada yang masih belum

menerima pekerjaan sehingga kini

Rezeki semua tu dari Allah swt

Kita hanya mampu merancang tapi Allah swt juga yang terbaik

Hanya Allah swt yang tahu bila seseorang itu akan dapat menerima tawaran

bekerja seperti insan lain

Jadi kita sebagai insan hanya mampu berusaha, berdoa dan tawakal serta 

berserah kepada yang maha esa

Akanku tetap berusaha sehingga mendapat tawaran bekerja

Lambat atau cepat kita pasti dapat juga

Kunfayakun

Jika Allah swt berkata jadi maka jadilah ia

Kita sebagai hambanya hanya mampu berusah, berdoa dan berserah kepadanya

Walaupun kadang-kadang terdetik dihati kenapa susah sangat untuk mendapat 

satu panggilan temuduga bekerja

Cik N redha dengan ujian Allah swt

Ujian untukku dari Yang Maha Esa



Tiada ulasan: