Hai semua
Okay sekarang Cik N nak cerita sikit
berkenaan dengan bajet gaji rm2000 Cik N
Sebenarnya sebelum ni Cik N ada buat entri pasal perancangan bajet gaji kalau
Cik N dapat tawaran bekerja nanti
Hari ni Cik N nak cerita lagi pasal ni
Memandang semua tahu yang Cik N ni masih belum meneria apa-apa tawaran
bekerja lagi buat masa sekarang ni kan
Cik N memang suka buang masa dengan memikirkan segala bajet gaji kalau
Cik N dapat tawaran kerja nanti
ni kalau Cik N dapat gaji sebulan sebanyak rm2000 la
kalau kurang atau lebih lain la jumlahnya
Tapi cara kira dia tetap sama
cuma bezanya dari jumlah dan angka no sahaja
okay korang boleh tengok kat bawah ni Cik N ada conteng-conteng sikit dekat
kertas pastu Cik N scan tunjuk dekat korang
Korang boleh tekan gambar tu untuk zoom bagi nampak jelas
disitu dah jelas Cik N terangkan secara teperinci
untuk bajet gaji Cik N nanti
1) Simpanan- simpan setiap bulan jangan skip sebanyak rm333.33 sebulan
2) Lain-lain atau kecemasan- yang ni untuk Cik N shopping atau kalau-kalau
ada kecemasan Cik N nak guna duit dekat bahagian ni la yang Cik N akan guna
nanti.Untuk kegunaan shopping tu Cik n cadangkan untuk simpan dulu duit tu
sehingga 12 bulan atau lebih baru guna.Masa ni pun duit dah banyak so boleh
beli apa yang Cik N nak.Jadi Cik N kena sabar sikit la tunggu 12 bulan baru
Cik N boleh guna untuk shopping.Okey kalau untuk kecemasan pula kalau tak
terdesak sangat-sangat baru Cik N gunakan bila-bila tapi kalau tak terdesak
sangat Cik N akan kumpul dulu sampai cukup 12 bulan atau lebih baru guna.
3) Travel atau melancong- untuk bahagian ni Cik N nasihatkan diri Cik N atau
pembaca Cik N bagi yang baru mula bekerja untuk kumpul dulu setiap bulan
sebanyak rm333.33 sehingga cukup 12 bulan baru la Cik N atau pembaca Cik N
boleh guna. Selepas cukup 12 bulan baru Cik N akan guna untuk
melancong,korang rasa kat mana Cik N akan pergi bercuti kalau dah cukup 12
bulan ni semestinya la ke Seoul. Masa ni dah cukup rm4000 kalau Cik N
kumpul sebulan rm333.33. Ala banyak je pakej yang pergi kesana dengan
harga serendah rm4000 termasuk tiket pergi balik dan perbelanjaan dekat
sana. Kalau tak ada pun korang boleh pilih pergi melancong ke negara-negara
lain tak pun pergi je bercuti dekat dalam malaysia pun okey apa. Ala kan
Airasia selalu buat sale atau tiket murah ha masa ni la korang cari mana-mana
pakej yang harga rm4000 termasuk tiket pergi balik dan perbelanjaan dekat
sana.Ha masa ni la duit bahagian lain-lain atau kecemasan tadi tu Cik N akan
gunakan untuk beli sourvenier dari sana sebagai hadiah untuk kawan-kawan ke
untuk sendiri ke.
4) Ptptn- yang ni korang kena bayar setiap bulan mana yang ada hutang ptptn
jangan terlepas tak bayar mesti setiap bulan kena bayar rm333.33 supaya nanti
tak ada la korang tak boleh pergi mealncong ke luar negara.
5) Harian- ha bahagian ni bahagian belanja harian yang Cik N akan guna untuk
makan setiap hari waktu bekerja masa rehat dan untuk Cik N beli stok barang
dapur dan barang peribadi macam ubat gigi,syampu,sabun,pencuci muka untuk
kegunaan dahulu kalau mana-mana supermarket buat sale baru Cik N belanja
untuk stok-stok sebulan barang-barang dapur dan barang peribadi
okey bahagian akhir ialah bahagian
6) kereta atau rumah- okey sebelum tu Cik N nak tegaskan untuk yang baru
mula bekerja simpan duit untuk 12 bulan dahulu pastu beli rumah
ala beli je rumah murah-murah dulu banyak kerajaan sediakan rumah untuk
bujang tu yang rumah Pr1ma tu
mohon la rumah tu
okey selepas tu baru la kumpul balik sebulan rm333.33 buat bayar rumah bil
api air tol dan minyak kereta.Ala kan duk bujang berapa la sangat guna api dan
air kan.Lepas dah beli rumah ha kalau nak beli kereta baru ke apa ke baru la
boleh beli kalau tak boleh simpan lagi untuk masa depan.
Setakat ini saja la buat masa ni perancangan Cik N kalau Cik N diterima
bekerja nanti dan Cik N harap Cik N boleh ikut perancangan Cik N ni.
Kalau korang rasa nak ikut sila la ikut kalau tak nak pun tak paksa
cara kira dia korang boleh klik bawah ni
kalau nak ikut macam perancangan Cik N buat ni silakan
tapi ikut bajet korang la,nak tambah bahagian ke kan mana tahu ada yang nak
kawin ke kan
harap tip dari Cik N ni berbaloi untuk anda semua
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan