02 April 2017

Dugaan yang sungguh berat padaku


hye semua

harap semua sihat ye

nadia sedih sangat sebab semalam 1/4/2017 telefon nadia hilang kena curi masa jaga booth bahagian sales.

nadia tak pernah jd pelupa

rasa terkilan sgt smlm

rasa lepas sedar telefon tak de terus bagitahu izzah

izzah terus call tapi orang yang curi tu dah off kan telefon tu

rasa macam nak gugur jantung ni bila sedar telefon hilang

kelam kabut cari sana sini

masa nak naik eskalator tersungkur depan ramai orang sebab opis tengah ada event pesta buku dan fiesta wanita

tapi nasib baik diorang jenis okay ke siap bagitahu lain kali hati-hati

malu memang malu

tapi bila fikirkan telefon yang hilang tu buat tak peduli je

Check cctv pun cctv tu tak pandang ke arah tempat nadia jaga booth tu dia fokus ke bahagian urus setia

semua duk cakap benda dah berlaku jangan fikir pasal telefon lagi

macam mana tak fikir

susah senang saya kumpul duit semata-mata nak beli telefon sendiri

sanggup jimat tak beli barang lain semata-mata nak beli telefon tu

guna tak sampai dua tahun lagi

bila jadi mcm semalam rasa macam gugur jantung ni

rasa macam duit yang beli telefon tu jatuh kedebuk macam tu

orang mungkin tak faham bertapa susahnya saya nak beli telefon sendiri

kumpul duit sanggup tak makan kadang-kadang

sanggup makan sehari sekali je

semata-mata nak beli telefon untuk kegunaan harian

Bertapa kejamnya sapa yang mencuri tu

saya tak kan halal kan sampai bila-bila

biar tuhan yang balas perbuatan kamu

kamu tak tahu bertapa susahnya saya nak kumpul duit semata-mata nak beli telefon tu

kalau yang mencuri tu tengah mengandung ke saya tak maafkan

walaupun dia guna anak dia untuk ambil telefon saya

saya doakan sapa yang ambil telefon saya tu

saya tak akan maafkan kamu

Biar Allah swt balas atas perbuatan kamu setimpalnya

kamu datang ke pesta buku dengan fiesta wanita untuk mencuri ke atau untuk ke pesta buku

Kawan-kawan nadia nak minta kawan-kawan yang baca entri ni doakan agar nadia dapat balik telefon tu

nadia sayang sangat telefon tu

Nak minta korang doakan agar nadia dapat balik telefon tu

Baca

1. Baca al-fatihah sebanyak 7 kali 

2. Baca Qulhu Allahu Ahad sebanyak 7 kali.

seperti dibawah

3. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.




4. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.

5. Bacakan ayat dibawah ini sebanyak 119 kali.


6. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa: 
"Ya Tuhanku, aku minta supaya dikembalikan barang 
telefon bimbit jenama lenovo vibe x2(Aizaitul Nadia Binti nadzrin) yang telah dicuri agar dipulangkan kepada Aizaitul Nadia secepat mungkin".

 InsyaAllah dengan doa yang kawan-kawan baca tadi nadia akan dapat kembali barang yang telah dicuri dengan izin Allah swt dan berkat doa kawan-kawan.

Terima kasih semua

nadia perlukan bantuan kawan-kawan semua

mana tahu salah sorang dari kawan-kawan yang baca doa dimakbulkan oleh Allah swt.

Amin,semoga dengan berkat doa dari kalian dan dari nadia sendiri dan dengan izin Allah swt nadia dapat balik kembali telefon nadia tu

Amin
Amin
Amin
Amin
Amin
Amin

Terima kasih semua

5 ulasan :

y i e n berkata...

Alaaa ciannya.. Semoga dpt balik fon tu, InsyaAllah~

nama aq nadeya berkata...

tq awak.amin amin
semoga dpt blk

Mellya Musa berkata...

saya pernah jugak kena sis. Tapi orang tu jawab panggilan saya, dia minta saya bayar dia RM 200 untuk dapatkan semula fon tu. huhu lama juga berurusan sampai satu masa dia terus tak reply lagi dah. last-last saya biar jela, biar Allah balas perbuatan dia.

https://mellyacrayola.blogspot.my/

cik kaella berkata...

kesian awak. sabar ya, lain kali kena hati-hati. ada hikmah benda yang berlaku semua tu.

nadeya1992 berkata...

tu la tak tahu mcm mana masa tu blh cuai sgt.sebab biasa tak cuai.ntah mcm mana blh cuai lak masa tu.sayang fon tu.amin

Copyright © Segala yang terkandung didalam ini milik AizaitulNadia 2011-2015. Segala copy dilarang sama sekali.Tindakan akan diambil dengan segera.