About

Salam,selamat datang ke blog nadia

05 Mac 2012

Sinopsis Saat Kau Kata Cinta

 
 
sinopsis saat kau kata cinta
 
Melihat gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal sebenar.Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan.Lalu, 'direlakan' episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.

Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia.Sedang hatinya diulit cinta,dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu .

Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji . Bahagia yang diharap , derita yang tiba.Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau . Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril ?
 
 

Tiada ulasan: