About

Salam,selamat datang ke blog nadia

15 Januari 2012

tunggu ku di pintu syurga

 
 
Ya Allah,engkau tolonglah sampaikan pesanan ini kepadanya bahawa aq sangat merinduinya terimbas kembali kenangan bersamanya waktu dahulu.dahulu kita sering bermain bersama waktu petang2 kat luar rumah x pun kita berborak di tangga luar rumah.aq ingin dikau mengetahui bahawa aq disini sangat merinduimu,bahawa aq tidak pernah melupakanmu walaupun sehari.kenangan kita waktu dahulu .aq ingat lagi pada satu hari tu ijat mencariku sebab apa dia mencariku aq tidak tahu masa tu aq terus masuk bilik masa si dia baru selesai sembahyang zohor.aq pun mencarilah tempat untuk menyorok diri dari ijat masa tu si dia menyuruhku menyorok di dalam kain sembahyangnya.lalu aq pun masuk la menyorok lepas tu ijat datang mencari ku lepas tu masa dia masuk bilik tempat aq menyorok tu pastu ijat tanya kepada si dia sama ada si dia ada nampak aq x lalu si dia berkata bahawa si dia tidak nampak aq.pastu ijat pun pergi la ke tempat lain untuk mencariku lepas beberapa minit itu si dia berkata bahawa ijat dah keluar lalu aq pun keluar la dari tempat sembunyiku.lepas tu aq ngan si dia pun keluar la dari bilik untuk kedapur untuk makan.lepas tu ijat nampak aq pastu dia punta aq g mana,masa tu aq hanya mampu gelak jer ngan si sia.aq pun kta la kepada ijat aq menyorok kat mana pastu dia kata patutlah x nampak.
 
kenangan aq bersama dia pada hari rabu masa tu kat kampung setiap hari rabu ada pasar malam,pasar tu bukak dari pukul 4 atau pukul 5 sampai pukul 7 malam.masa tu aq teringin sangat nak makan burger lalu aq berkata kepada si dia bahawa aq teringin nak makan burger lalu si dia pun mengajak ku pergi pasar malam.aq pun pergi la ngan si dia.masa kitaorg sampai pasar tu kitaorg pun pergi la tgk kedai burger tu tp x der kata makcik yang jual kat pasar tu kata orang yang jual burger tu dah balik,yer la kan dah pukul pukul 6.30 yang tggl pun bawang2 ngan perkakas masak.korang tahu x bertapa kecewanya hati aq nak maka burger lalu si dia memujuk ku dengan berkata x per la kita beli lain kali pastu si dia pergi la kedai membeli aiskrim corneto perisa coklat hanya untuk ku satu.lepas tu aq pun jalan la balik bila sampai kat sekolah si dia suruh aq berhenti makan aiskrim kat situ sbb dia kata nnt abe jat nak jugak.aq pun duduk la kat situ tp sebenarnya aq tahu yang sebenarnya dia suh duk situ sebab penat jalan kesian si dia terpaksa meengikut karenahku masa tu tp si dia tidak pernah berkata dan mengeluh.aq pun duduk la makan kat situ tp lama2 terkantoi jugak apabila ijat nampak aq ngan si dia kat sekolah aq tengah makan aiskrim lepas tu dia pun lari la ke tempat kita org duduk lepas tu ijat nak aiskrim jugak si dia pun bagilah duit supaya beli aiskrim.lepas tu kita org balik rumah selepas beli aiskrim.
 
 
aq ingat lagi masa tu masa si dia duduk kat kampung ngan keluarga belah aq masa tu si dia sakit teruk.si dia batuk2 sampai kahak warna hijau bertapa terseksanya aq tengok masa tu.setiap saat terdengar bunyi si dia batuk-batuk malah setiap malam pun si dia batuk jugak.bila aq tanya si dia,si dia hanya berkata biasa la sakit orang tua memang macam ni.masa tu aq teringin sangat yang Allah swt mengurangkan kesakitannya itu.sehingga la satu hari tu selepas seminggu lebih si dia pergi duduk dengan keluarga belah sana dalam pukul 4 pagi kalau tidak silap aq masa tu tok mek ngan tok ayah sedang bersiap nak pergi sembahyang subuh masa tu kami mendapat panggilan dari keluarga belah sana mengatakan bahawa si di terjatuh ketika nak melangkah longkang sama ada nak melangkah longkang masa balik dari masjid atau masa pergi masjid itu aq tidak tahu.masa tu aq yang angkat panggilan tu selepas tu aq terus  bagi dekat tok mek selepas tok cakap tok mek suruh panggil tok ayah suruh cakap pulak.lepas tu aq hanya dengan tok mek kata kita tak g dah sembahyang subuh pastu tok mek pun kata kat aq yang si dia telah terjatuh dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.lepas habis bercakap tok ayah terus menelefon anak-anaknya yang lain beritahu yang si dia meninggal dunia lalu saudara mara ku yang lain bertolak balik ke kelantan.Ya allah,masa tu aq rasa yang aq terjatuh dihimpit bangunan terasa sangat2 sedih dengan berita yang si dia terjatuh dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.masa tu aq rasa sedih sangat sbb si dia la tempat aq mengadu apa2 yang terjd dekat aq dan si dia la yg banyak memberi dorongan kepada ku.si dia yang saya maksudkan ialah arwah moyang aq yang sejak kecik lagi aq ngan family aq panggil di nenek.arwah nenek telah kembali ke rahmatullah pada aq berumur 11 tahun atau 12 tahun bersekolah rendah.masa tu aq hanya berfikir kenapa belah sana x jaga elok2 arwah nenek masa tu semua aq salah kan keluarga belah sana.lama2 aq dapat menerima kenyataan yang tuhan lebih sayangkan dia dari kami sebab itulah tuhan mengambilnya kembali.terlampau banyak kenangan terindah ku bersama si dia yang x mampu untuk ku cerita dengan lebih banyak biarlah yang selebihnya aq simpan sendiri sebagai kenangan..aq angat merinduinya selepas arwah nenek pergi aq sudah tiada tempat untuk mengadu lagi.Ya Allah swt sampaikan lah pesanan ku kepadanya bahwa aq sangat merinduinya dan sekirannya aq meninggal dunia tanam la aq bersebelahan kubur arwah nenek,nenek tunggulah kakngah di pintu syurga..dia insan yang paling hebat di dunia.Ya Allah engkau tempatkan la dia ditempat orang-orang yang beriman.Al-fatihah buat arwah nenek ku yang tersayang dan tercinta
 
tunggu ku di pintu syurga
 

                                                                                                              

Tiada ulasan: