Hye semua
malam ni tak tahu kenapa macam nak cerita pengalaman ngeri waktu zaman belajar
diploma dulu
dan disebabkan itu saya mudah terkejut dan takut
okay cerita dia begini
Pada satu hari isnin saya keluar rumah nak ke kelas pukul 8
jadi kena keluar rumah dalam pukul 7.15 pagi
sebab jauh jugak jalan kaki
ye saya jalan sorang sebab yang lain semua kos farmasi
dan hanya saya sorang hr
dan pada waktu tu masa kelas tak sama
jadi saya jalan sorang
sampai la dekat perhentian bas tepi jalan ada rumah kampung
dan sebelah jalan sana ada lelaki berhenti kereta ditepi jalan tunggu dalam kereta sambil
mata memerhati saya
dalam masa yang sama dengar makcik yang duk dekat rumah kampung tu mcm ckp dik lari
dik atau apa tak ingat
mula-mula fikir mungkin dia tunggu kawan kot tapi dekat situ yang ada hanya kilang lama
ke apa ntah
tapi mata dia terus ikut saya
sampaikan dekat kawasan kolej saya perhatikan dia masih ada
jadi saya terus masuk kolej cerita dekat budak kelas
masuk kelas plk budak kelas cerita dekat lecture Cik Yana(skrg dah jd Puan Yana)
balik tu cerita dekat budak rumah
semua terkejut
tapi saya cakap takut dia tunggu kawan dia
tak apa kita tengok esok
kebetulan esok kelas pagi kul 8 sama masa dengan budak rumah
tapi saya jalan depan diorang jalan belakang sebab nak tengok
sampai dekat kawasan kolej kitaorang berhenti tengok dia ada lagi
benda tu berlaku selama seminggu
pada waktu yang sama dalam kul 7 lebih tu dia dah ada dekat situ dekat pukul 8 dia akan
beredar
masa hari first tu call abah bagitahu
abah suruh call polis bagitahu
tapi saya tak buat sebab fikir mungkin dia tunggu kawan
abah cakap tak apa cakap macam diperhatikan je tu cakap dekat abah esok kalau ada lagi
nanti call
hari ketiga iaitu rabu kelas saya tengahari jadi pergi lambat
budak rumah yang kelas pagi
balik petang tu diorang bagitahu laki tu ada lagi dekat situ
tapi waktu diorang sampai lelaki tu baru sampai macam mata melilau duk cari orang
hari keempat khamis tu
kebetulan kelas pagi
ditempat yang sama waktu yang sama dia ada lagi
dan waktu tu saya sorang sebab budak rumah kelas tengahari
memang masa tu jalan buat-buat tak nampak dan bersedia nak lari masuk rumah kampung
tu sebab rumah kampung tu orang baik selalu tegur masa nak g kelas
sampai dekat kolej masa tu nak dekat kul 8 nampak kereta tu beredar
balik tu cerita dekat budak rumah balik pasal tu
hari jumaat tu kelas pagi tapi cancel jadi ada kelas tengahari je
tapi masa tu saja nak pergi awal sekali ngan budak kelas tapi keluar rumah lambat sikit
sebab kelas diorang pukul 9 jadi keluar rumah 7.30 sampai dekat tempat tu dah nak kul 8
nampak lelaki tu dah masuk kereta terus gerak
nasib kelas cancel pagi tu
dan hari jumaat tu kelas saya sampai petang,balik rumah dah mandi semua keluar bilik
budak rumah bagitahu tadi waktu diorang balik sampai rumah kul 1 diorang bagitahu ada
sekumpulan motor cari saya
tanya diaorang dia cakap apa,budak rumah cakap cari nama nadia
terkejut lepas dengar tu
tempat: berhampiran perhentian bas jalan seberang sana
hari pertama (isnin): dia tunggu dalam kereta warna putih,cermin tinted gelap tapi dia
buka separuh nampak muka dia sikit dia pakai cap warna putih pakai cermin mata hitam
hari kedua (selasa): dia tunggu dalam kereta yang sama tapi masa ni dia turunkan abis
cermin kereta dia pakai cap warna putih pakai cermin hitam tak nampak jelas muka dia
sebab jauh
sebelah sana
hari ketiga (rabu) : budak rumah bagitahu dia tunggu dalam kereta sambil mata pandang
dekat diorang pastu mata melilau sana sini
hari keempat (khamis): dia dah siap tunggu dekat luar kereta dia memandang kearah
saya,masih pakai cap putih dan cermin mata hitam
masa ni dah fikir kalau jadi apa-apa nak lari p rumah makcik dekat bustop tu
hari kelima (jumaat) : sempat nampak dia beredar je
dan isnin hingga khamis dia akan tunggu tempat yang sama waktu yang sama dan akan
beredar nak dekat kul 8
dan masa tu lecture Cik Yana dan budak kelas bagitahu suruh hati-hati
sejak kes tu saya mudah terkejut kalau orang datang dari belakang atau sergah saya
dan saya tak juga telefon polis
sebab takut polis kata saya buat aduan palsu nanti saya kena saman pulak
jadi saya tidak la telefon
dan sejak tu saya x dapat keluar bercuti atau kemana sahaja tanpa pengetahuan abah atau
abah atau family kenal
even masa zaman degree pun budak kelas kawin kitaorang ingat nak pergi ramai-ramai tapi
saya tak dapat ikut sebab abah tak bagi drive bila ada member lelaki nak tolong drivekan
abah suh datang rumah ambik kereta tinggalkan kereta dia dkt rumah pakai kereta
kitaorang
dan sebab tu la tak dapat kerja jauh-jauh
yang dia bagi selangor,kl, alor star rumah mak dia(nenek saya) dan kelantan(rumah nenek)
nak travel memang tak dapat la
bayangkan boleh ingat sampai ke harini
padahal benda tu berlaku zaman diploma masa tu baru umur 18 ke 19 tahun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan