About

Salam,selamat datang ke blog nadia

19 Disember 2017

Review Shida Tomyam


Hye semua

Harap korang sihat

mesti korang tertanya-tanya kan ada apa dengan tajuk tu kan

okay

Saya nak cerita sedikit pasal restoran shida tomyam dekat saujana utama

Saya tahu tak elok cerita tentang kedai orang kan

Sebelum pape saya nak minta maaf dulu pada restoran shida

maaf bukan nak burukkan kedai

Tapi kita sebagai pelanggan perlu tahu tau

sebelum kita nak singgah atau bercadang nak makan dekat mana-mana restoran kan

Jom kita mula

pada dua hari lepas iaitu pada hari Ahad 17.12.2017

saya dan keluarga makan dekat restoran shida tomyam ni

sebenarnya ni dah keberapa kali dah kitaorang pergi makan dekat sana

dengan harapan diorang akan berubah la tapi masih sama

bayangkan kitaorang sampai pastu tunggu pelayan ambik pesanan

dalam beberapa minit tu pelayan datang

jadi dah order semua makanan

kitaorang tunggu dia masak

tunggu punya tunggu

tunggu

tunggu

dan tunggu lagi

dekat sejam lebih

tunggu lagi

bayangkan pelanggan yang sampai sebelum kitaorang sampai baru dapat makanan dia

jadi kitaorang tunggu lagi

sambil menunggu makanan sampai tu saya download game word search dekat fon

saya main game word search tu gilir dengan abah

bayangkan pelanggan tadi dah nak abis makan kitaorang punya air baru sampai

tunggu lagi

sambil main game word search

tunggu lagi

pastu makanan sampai dengan dalam keadaan hampa tau tak

kitaorang order

kueh teow kungfu, nasi goreng usa, nasi goreng cina, nasi kosong, dan daging masak 

merah, dan sup tulang

yang okay setelah nak dekat dua jam tunggu makanan sampai hanya kueh teow kungfu 

ngan nasi goreng usa je yang okay

nasi goreng cina tak sedap langsung tawar pastu tak macam nasi goreng cina dengan

 warna putih dan minyak lebih

bila tanya tadi ada order sup

dia boleh tanya ada order ke dekat sini tak ada order sup pun

terus abah cancel sup

lepas dia cakap nak pesan sup ke

Saya rasa kan Tuan kedai perlu pantau kedai dan pekerja

kalau lambat tapi makanan sedap dan cukup seperti pelanggan minta tak apa

Dan peringatan kepada semua yang nak singgah makan dekat restoran shida ni

perlu search dan baca review orang lain tentang sesebuah kedai makan atau restoran yang 

kita nak singgah tu

Cuba bayangkan kalau kita kena bawa orang atau pelancong atau kawan yang datang jauh

 nak merasa 

makanan dekat restoran kawasan kita tinggal

tak ke kecewa dan malu kita




PS:Kepada restoran shida tomyam,saya minta maaf dengan adanya entri pasal restoran 

anda.Saya cuma berharap anda dapat memperbaiki kelewatan atau lain-lain tentang kedai 

anda.

PS:Kepada semua yang akan singgah atau berniat nak singgah makan dekat sesebuah 

restoran atau kedai makan,saya nasihatkan korang search dulu tentang restorang tu takut 

korang kecewa sebab kita sebagai pelanggan berhak untuk buat pilihan yang baik.

Salam dari saya

Tiada ulasan: