HYE Semua
apa khabar
sihat ke?
Kalau tak sihat cepat-cepat pergi klinik atau hospital okay.
Okay sebenarnya nadia nak cerita pasal praktikal
kan sekarang nadia tengah praktikal
kalau korang tak tahu nadia ada cerita di entri sebelum belum ni
Alhamdulillah berkat doa dan nasihat semua
Semua berjalan dengan lancar
walaupun penat sikit
balik kerja dalam 5.30 ptg
penat tu memang penat
sapa kata tak penat
selalu dalam 9.30 malam dah tidur
kalau tak boleh tidur je biasanya tidur lambat
tapi nasib baik nadia pasang alarm lain
sebab kalau pakai alarm handphone biasa
kita akan bangun tutup je kan pastu sambung tidur
kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita bangun tutup
ye la kita bangun tutup pastu mesti kita akan cakap
5 minit je lagi nak tidur
sekali tidur2 tak terjaga2
ha
sebab tu nadia pasang alarm lain
alarm ni dia akan bunyi selagi kita tak jawab soalan dia
so selagi nadia tak bangun dia akan bunyi je alarm tu semakin kuat
biasanya nadia akan bangun dalam 5.30 pagi atau 6.30 pagi
siap2 barang nak g kerja
dalam 8.15 atau 8.30 kitaorang keluar rumah pergi busstop tunggu bas
Setakat ni semua okay
biasalah kalau kena buli atau disuruh buat itu ini sedangkan bukan
bidang kita tu biasa la kot
terima je la
yang penting jangan melawan sebab kalau melawan comfirm2 nya markah
kita akan teruk ye la dah kita melawan dia kan
Markah atas bos kita nak bagi berapa atas kerja yang kita buat
tu yang nadia pegang prinsip sabar je jangan melawan atau buat
sesuatu yang boleh rosakkan markah praktikal
Walaupun kadang-kadang kita yang betul dan diorang yang salah
Sabar je la
walaupun kita yang sakit kan
Adat kot macam tu kena buli buat kerja banyak-banyak buat kerja
bukan bidang kita
lagi-lagi kalau kita praktikal di syarikat yang kecil
memang jadi macam ni la
tapi kalau syarikat yang besar mungkin korang tak akan rasa macam ni
sebab tak banyak kerja yang korang boleh buat
Tapi nak buat macam mana kan
sabar je la
Nadia okay je
selagi tak melampau kerjanya
nadia cuba sabar
tapi setakat ni okay je
Bos pun baik
biasanya staff bawah bos ni je yang suka susahkan orang
biasanya la
tapi tengok syarikat jugak
Sabar je la ye adik-adik semua
Macam nadia ni 3 bulan lebih je
Nampaknya je 3 bulan lebih tapi sampai bulan 4 tau
sebab nadia masuk 16 januari 2017 sampai 23@28 april 2017
3 bulan lebih
tapi macam 4 bulan kan
ni pun dah masuk bulan kedua
tapi kan masuk bulan 3 nanti nadia akan tukar bahagian dengan
kawan nadia sebab sekarang kawan nadia bahagian admin
nadia bahagian human resource
nanti masuk bulan 3 nadia akan tukar bahagian ke admin
Walaupun kami sebenarnya ambil jurusan ataupun course Human resource
Minta-minta la tak dapat kerja pelik-pelik
nanti ye la kan kalau bagi bidang yang kita tak tahu macam mana
kita nak buat kan
Harap semua okay la sampai abis belajar
dan nadia harap sangat-sangat dapat markah A+ atau A- je
Amin
bye all
jumpa lagi
terima kasih sudi singgah dan baca
Assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan