About

Salam,selamat datang ke blog nadia

31 Disember 2018

Happy New Year 2019


Hye semua

happy new year 2019

semoga azam kita semua akan terlaksana

 happy new year 2019

Cik N harap di tahun baru ni

azam Cik N akan terlaksana

harap azam tahun ni akan terlaksana dan harap dengan tahun baru ni

Cik N akan dapat kerja


Amin

28 Disember 2018

Hilangnya minat


Hye semua

Sejak-sejak akhir ni Cik N

tak berapa rajin tak update entri baru

rasa macam berbulan-bulan tak tengok blog

Cik N rasa macam minat nak berblog tu dah hilang

kalau dulu kalau boleh hari-hari nak kena login blog

mungkin disebabkan beralihnya atau meningkatnya umur

punca yang buat Cik N malas nak berblog

Kalau jarang nampak entri terbaru dari Cik N maaflah

mungkin lepas ni akan lebih jarang nak berblog

Sebab Cik N rasa semakin meningkatnya umur

Cik N rasa macam taknak ada segala social media lain

kecuali ws,ig,email,twitter

fb pun Cik N dah jarang online

segala social media yang lain semuanya dah Cik N tak guna

sebab kadang-kadang Cik N terfikir sampai bila Cik N nak kena ada social media

takkan sampai tua Cik N macam tu

jadi Cik N fikir dah tiba masanya untuk Cik N buang segala social media lain dan tinggal

yang penting je bagi Cik N

yang mana bagi Cik N penting ialah

Whatsapp,email dan ig

twitter pun kadang2 je Cik N buka

yang lain-lain tu semua Cik N dah tak guna

walaupun ada yang kata dengan mengunakan ** pun boleh dapat kawan

ye betul tapi sampai bila Cik N nak macam tu

sebab kadang-kadang Cik N terfikir takkan kalau Cik N dah bertunang atau berkahwin

Cik N masih nak guna ** lagi

atau takkan kalau Cik N pergi umrah atau haji tapi masih duk guna **

berbual sana sini dengan lelaki dan lain-lain dengan adanya fungsi cam atau live

lagipun Cik N rasa dah tiba masanya Cik N untuk hentikan segala social media yang lain

sebab sampai bila Cik N nak macam ni

harap ini mampu untuk buat korang faham kenapa Cik N buang atau tak guna social 

media yang lain

dalam ayat yang mudah berhenti guna dan buang akaun

Cik N rasa cukuplah sampai setakat ni

ada masa kita jumpa lagi

Assalamualaikum















23 Oktober 2018

Akirnya hari yang dinantikan tiba



Hai semua

Sihat ke?

Harap korang sihat la ye

Jaga kesihatan sekarang musim berubah

hujan panas hujan panas

Sebenarnya Cik N nak bagitahu ni dekat pembaca semua

yang Cik N ternanti-nati selama ni akan tiba

Ha mesti korang fikir pasal kahwin kan tak pun pasal

pergi bercuti

bukan-bukan

Yang Cik N ternanti-nanti saat ni adalah

Cik N akan konvokesyen sabtu ni 27/10/18

Yeay

Akhirnya tiba juga waktunya untuk Cik N konvo

Alhamdulillah

Bersyukur sangat

Penat lelah Cik N akhirnya dapat juga konvo

setelah pelbagai dugaan menimpa Cik N

selama Cik N di alam universiti


You did it! Happy Graduation Card


Doa Cik N harap lepas konvo nanti Cik N akan dapat tawaran kerja

Amin

Amin

Amin

Amin


Menghilang lagi



Hye semua

Apa khabar

Lama kan Cik N tak update entri terbaru

Cik N sibuk uruskan hal konvokesyen Cik N

lepas tu ada buat makan-makan sikit dekat rumah saja berkumpul saudara mara

lepas tu seminggu Cik N demam + pening + sakit tekak

nasib hal konvo dah selesai tinggal nak konvo je sabtu ni 27/10/18

Harap-harap lepas konvo ni dapat la tawaran kerja

Amin

Amin

Sebab tu lama Cik N tak update entri terbaru

kekangan masa

yang menyebabkan tak update entri terbaru

Oklah berjumpa lagi di entri seterusnya

bye

26 Julai 2018

Pengalaman pahit



Hye semua

malam ni tak tahu kenapa macam nak cerita pengalaman ngeri waktu zaman belajar 

diploma dulu

dan disebabkan itu saya mudah terkejut dan takut

okay cerita dia begini

Pada satu hari isnin saya keluar rumah nak ke kelas pukul 8

jadi kena keluar rumah dalam pukul 7.15 pagi

sebab jauh jugak jalan kaki

ye saya jalan sorang sebab yang lain semua kos farmasi

dan hanya saya sorang hr

dan pada waktu tu masa kelas tak sama

jadi saya jalan sorang

sampai la dekat perhentian bas tepi jalan ada rumah kampung

dan sebelah jalan sana ada lelaki berhenti kereta ditepi jalan tunggu dalam kereta sambil

mata memerhati saya

dalam masa yang sama dengar makcik yang duk dekat rumah kampung tu mcm ckp dik lari

dik atau apa tak ingat

mula-mula fikir mungkin dia tunggu kawan kot tapi dekat situ yang ada hanya kilang lama 

ke apa ntah

tapi mata dia terus ikut saya

sampaikan dekat kawasan kolej saya perhatikan dia masih ada

jadi saya terus masuk kolej cerita dekat budak kelas

masuk kelas plk budak kelas cerita dekat lecture Cik Yana(skrg dah jd Puan Yana)

balik tu cerita dekat budak rumah

semua terkejut

tapi saya cakap takut dia tunggu kawan dia

tak apa kita tengok esok

kebetulan esok kelas pagi kul 8 sama masa dengan budak rumah

tapi saya jalan depan diorang jalan belakang sebab nak tengok

sampai dekat kawasan kolej kitaorang berhenti tengok dia ada lagi


benda tu berlaku selama seminggu

pada waktu yang sama dalam kul 7 lebih tu dia dah ada dekat situ dekat pukul 8 dia akan 

beredar

masa hari first tu call abah bagitahu

abah suruh call polis bagitahu

tapi saya tak buat sebab fikir mungkin dia tunggu kawan

abah cakap tak apa cakap macam diperhatikan je tu cakap dekat abah esok kalau ada lagi 

nanti call

hari ketiga iaitu rabu kelas saya tengahari jadi pergi lambat

budak rumah yang kelas pagi

balik petang tu diorang bagitahu laki tu ada lagi dekat situ

tapi waktu diorang sampai lelaki tu baru sampai macam mata melilau duk cari orang

hari keempat khamis tu

kebetulan kelas pagi

ditempat yang sama waktu yang sama dia ada lagi

dan waktu tu saya sorang sebab budak rumah kelas tengahari

memang masa tu jalan buat-buat tak nampak dan bersedia nak lari masuk rumah kampung

tu sebab rumah kampung tu orang baik selalu tegur masa nak g kelas

sampai dekat kolej masa tu nak dekat kul 8 nampak kereta tu beredar

balik tu cerita dekat budak rumah balik pasal tu

hari jumaat tu kelas pagi tapi cancel jadi ada kelas tengahari je

tapi masa tu saja nak pergi awal sekali ngan budak kelas tapi keluar rumah lambat sikit

 sebab kelas diorang pukul 9 jadi keluar rumah 7.30 sampai dekat tempat tu dah nak kul 8 

nampak lelaki tu dah masuk kereta terus gerak

nasib kelas cancel pagi tu

dan hari jumaat tu kelas saya sampai petang,balik rumah dah mandi semua keluar bilik

budak rumah bagitahu tadi waktu diorang balik sampai rumah kul 1 diorang bagitahu ada 

sekumpulan motor cari saya

tanya diaorang dia cakap apa,budak rumah cakap cari nama nadia

terkejut lepas dengar tu

tempat: berhampiran perhentian bas jalan seberang sana

hari pertama (isnin): dia tunggu dalam kereta warna putih,cermin tinted gelap tapi dia 

buka separuh nampak muka dia sikit dia pakai cap warna putih pakai cermin mata hitam

hari kedua (selasa): dia tunggu dalam kereta yang sama tapi masa ni dia turunkan abis 

cermin kereta dia pakai cap warna putih pakai cermin hitam tak nampak jelas muka dia 

sebab jauh

 sebelah sana

hari ketiga (rabu) : budak rumah bagitahu dia tunggu dalam kereta sambil mata pandang 

dekat diorang pastu mata melilau sana sini

hari keempat (khamis): dia dah siap tunggu dekat luar kereta dia memandang kearah 

saya,masih pakai cap putih dan cermin mata hitam

masa ni dah fikir kalau jadi apa-apa nak lari p rumah makcik dekat bustop tu

hari kelima (jumaat) : sempat nampak dia beredar je

dan isnin hingga khamis dia akan tunggu tempat yang sama waktu yang sama dan akan 

beredar nak dekat kul 8

dan masa tu lecture Cik Yana dan budak kelas bagitahu suruh hati-hati

sejak kes tu saya mudah terkejut kalau orang datang dari belakang atau sergah saya

dan saya tak juga telefon polis

sebab takut polis kata saya buat aduan palsu nanti saya kena saman pulak

jadi saya tidak la telefon

dan sejak tu saya x dapat keluar bercuti atau kemana sahaja tanpa pengetahuan abah atau 

abah  atau family kenal

even masa zaman degree pun budak kelas kawin kitaorang ingat nak pergi ramai-ramai tapi 

saya tak dapat ikut sebab abah tak bagi drive bila ada member lelaki nak tolong drivekan 

abah suh datang rumah ambik kereta tinggalkan kereta dia dkt rumah pakai kereta 

kitaorang

dan sebab tu la tak dapat kerja jauh-jauh

yang dia bagi selangor,kl, alor star rumah mak dia(nenek saya) dan kelantan(rumah nenek)

nak travel memang tak dapat la

bayangkan boleh ingat sampai ke harini

padahal benda tu berlaku zaman diploma masa tu baru umur 18 ke 19 tahun



Harap keajaiban berlaku



Hye semua

ye saya memang jenis susah tidur

seperti semua kawan rumah sewa dulu tahu

saya seorang yang susah tidur walaupun mengantuk tahan apa walaupun

mata dah merah

ye saya jenis susah tidur lagi-lagi kalau banyak benda nak fikir

paling lewat dalam kul 9 mlm tak tidur memang tak akan tidur atau susah nak tidur

saya bukan jenis yang letak kepala je terus tidur

walaupun tak ada masalah pun masih sama

pernah terjadi masa zaman belajar tahun lepas

masa tengah praktikal dekat shah alam

ada satu malam tu kemungkinan saya terlalu penat sehingga tertidur sendiri

budak rumah nama hanim nak makan waffle roll saya punya sikit

dia siap nak masuk bilik nak kejut hanya semata nak cakap nak makan sikit waffle

tapi dihalang oleh izzah

siap kata jangan dikacau nya budak tu

budak tu dah la susah tidur

kan kejut tak tidur-tidur budak tu nanti

nak makan

makan je esok pagi bagi tahu dia

Ps:- macam mana tahu esok pagi nya si hanim bagitahu yang dia nak makan waffle roll tu 

sikit, dia nak kejut sebab nak minta sikit sebab teringin tapi kak izzah tak bagi kejut

jadi saya cakap la nak makan,makan je tak apa,terus izzah kata ye la ko bukannya senang

tidur,karang dikejut tak tidur sampai pagi

ye saya memang susah tidur

paling lewat dalam kul 9 malam je

kalau lepas tu memang yakin tak akan dapat tidur

sebab saya jenis susah tidur zaman praktikal tahun lepas bayangkan tak boleh tidur

sehingga kul 4 lebih baru dapat tidur setelah dipaksa

sedangkan pukul 7 nak bangun siap p tempat kerja

sebenarnya perkara ni berlaku sejak pertengahan zaman diploma lagi

sampai la sekarang

dan sejak tu saya mula susah tidur selagi tak dengar orang menyanyi

tapi lama-lama dah okay sehingga la zaman degree

masih susah tidur cuma habit kena dengar orang nyanyi tu dah kurang

cuma sekarang bila tak boleh tidur saya akan pasang zikir yang boleh buat senang tidur

tapi ia hanya berfungsi kadang-kadang

macam semalam dengan banyak masalah ditambah lagi masalah

sampaikan kul 2 lebih nak pukul 3 baru dapat tidur dan pukul 4 kena kejut dengan ibu

hantar dia p ktm sg buloh

jadi kira la sendiri berapa jam je saya tidur

dah sekarang saya mengantuk tapi tak boleh tidur

walaupun dah paksa diri tetap tak boleh

ditambah dengan banyak benda nak fikir

harap satu hari nanti saya boleh senang tidur seperti orang lain

yang tak perlu paksa diri untuk tidur

kerana paksa diri untuk tidur tu sebenarnya penat

tapi kenalah ikut

dah nasib badan